Friday, 2 December 2016

Manfaatkan lebihan belanja bulanan dengan simpanan emas

Teks : Noraida Mansor

Assalamualaikum wbt.

Saya cuma ingin berkongsi berkenaan tabiat menyimpan lebihan wang dari belanja bulanan oleh pelanggan saya.
Setiap bulan, pelanggan saya akan memperuntukkan Rm1,000.00 untuk pembelian emas fizikal. Buat masa ini, beliau lebih berminat untuk membeli dan membuat koleksi rantai tangan. Bila ditanya, ini adalah salah satu alternatif simpanan masa depan dan menjamin lebihan belanja Rm1000.00 bertambah nilai pada masa depan.

Perlu diingat, emas tidak kalis inflasi.

Pilihan dan tindakan yang bijak.

Manakala, bagi pelanggan saya yang menyertai kutu tunai Rm1000.00 untuk pembelian emas pula memilih emas 999 sebagai simpanan masa depan. Simpanan permulaan dengan pembelian gold bar, 1/4 dinar dan syiling. (seperti dalam gambar di bawah)

Poin utama, pelbagaikan simpanan emas.
Emas tetap bernilai dalam apa jua bentuk.
Lagipun, cantik-cantik dan comel-comel emas dari Powergold ni!

Tiada Rm1000.00?
Usah risau.
Simpanan serendah 0.5g pun ada.
Yang penting, tanya hati.
Simpanan untuk masa hadapan.
Bukan hari ni beli, esok sibuk nak jual balik **sengih tangis**
Itu bukan simpanan namanya.

Mari mulakan simpanan emas kita.

"Beli emas, dapat emas"

Noraida Mansor
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com
019-2159927 (whatssap)

Wednesday, 30 November 2016

Simpanan Emas Terbaik

Teks : Perkongsian grup eksklusif

Apakah simpanan emas terbaik?

Dinar, gold bar atau barang kemas?

Soalan yang selalu bermain di minda seseorang yang baru "nak belajar simpan dinar. Goldbar atau barang kemas?Mana yang paling bagus?

Jawapan saya, pelbagaikan simpanan kerana setiap emas ada kelebihan tersendiri.

Jom kita kaji kelebihan emas.

DINAR
-boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
-digunakan untuk membayar zakat
dijadikan sebagai hantaran mas kahwin cerderamata / hadiah untuk org tersayang
simpanan untuk pergi haji
-tabungan/simpanan

GOLD BAR
-harga lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1g kerana kos pembuatan tinggi
-memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata
-pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula
-bentuk fizikal lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
-sesuai untuk simpanan jangka masa panjang sseperti pendidikan anak-anak, perkahwinan,simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
-jaminan ekonomi keluarga pada masa depan

BARANG KEMAS
-dijadikan perhiasan wanita
mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau
-fungsi 4 dalam 1 (perhiasaan, simpanan, pelaburan dan perniagaan)
-mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan atau ar rahnu

Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?
Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan.

Pilihan ditangan kita. Bertindak sekarang atau jadi pemerhati?

Marilah bertindak menyimpan emas sekarang.
Bijak EMAS.
Rebutlah Peluang Keemasan. Jangan tunggu usia emas baru nak bertindak

"Beli emas, dapat emas"

Noraida Mansor
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com
019-2159927 (whatssap)

Monday, 28 November 2016

Kenapa pilih Powergold?

Teks : Noraida Mansor

Assalamualaikum wbt.
Secara rasmi menjadi surirumah pada Januari 2014.
Ada masalah dalam hal penjagaan anak. Pengasuh anak tidak sihat. Doktor sarankan untuk tidak bekerja dan mengangkat berat. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki pengasuh anakku sekeluarga.

Semasa cuti bersalin tiga bulan, masih aktif buat bisnes online. Pada masa sama, memang tercari-cari keahlian bagi menjalankan bisnes emas. Minat. Ya sangat minat dengan emas.

Setelah buat "survey" dengan beberapa syarikat, saya buat keputusan untuk mendaftar keahlian dengan syarikat Powergold. Kenapa pilih Powergold?

Sebab utama harga pakej keahlian sangat-sangat mampu milik. Lepas jadi ahli, boleh beli produk emas dengan harga ahli yang jauh lebih murah berbanding di kedai. Di samping itu, ada bonus yang syarikat akan berikan sekiranya ada belian. Walau belian untuk diri sendiri pun diberi bonus. Yang paling penting, beli emas dapat emas. Banyak sangat manfaat jadi ahli sebenarnya. Cuma saya nyatakan sebab utama sahaja.

Pada mulanya memang saya berniat untuk jadi penyimpan emas sahaja. Jadi penyimpan pun saya dapat rasa keistimewaan yang syarikat tawarkan. Saya fikir apa salahnya sebarkan kebaikan simpanan emas. Terutamanya kepada surirumah. Kenapa surirumah? Sebab aset yang paling mudah disimpan dan sangat berharga adalah emas. Selain daripada kesihatan, itu aset paling utama untuk surirumah. Tak sihat macam mana nak jadi pengurus rumahtangga kan?

Saya cuma ingin membuka mata dan minda para ibu terutamanya untuk fikir masa depan. Masa depan sendiri dan anak-anak. Sekiranya (minta dijauhkan tetapi kena realistik) terjadi sesuatu kepada suami kita/ayah anak-anak kita, apa aset yang kita ada untuk jaminan masa depan? Sebenarnya, ini juga yang saya fikir setiap masa. Jadi, saya tekad untuk mulakan simpanan emas saya sekarang. Poin di sini adalah, MULAKAN!

Dapat sesuatu?

Jumpa di nukilan yang lain ya.

Salam mesra,

Noraida Mansor
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com
019-2159927

MANFAAT EMAS BAGI KECANTIKAN

Teks : Perkongsian grup ekslusif

MANFAAT EMAS BAGI KECANTIKAN

1. Emas memiliki kandungan antibakteria untuk mencegah komedo dan jerawat pada kulit wajah.

2. Kandungan emas sangat baik untuk memperlancar peredaran darah sekaligus membersihkan kotoran dan toksin yang menempel pada kulit wajah dan tubuh.

3. Emas membantu menghantarkan asupan oksigen sehingga meremajakan lapisan kulit terluar dan membuat rona kulit tampak berkilau.

4. Emas membantu memperlancar aliran kelenjar getah bening di area kulit wajah yang berfungsi untuk mengurangi pembengkakan pada wajah, iritasi, kemerahan, serta lingkaran hitam di bawah mata.

5. Kandungan di dalamnya bertindak sebagai anti aging dengan menjaga kelembapan kulit serta merangsang produksi kolagen untuk memperbaiki tekstur kulit menjadi  kencang, kenyal, dan sehat.

Wow!
Jom mulakan simpanan emas sekarang!

Beli emas, dapat emas.

Qaseh ANH Mall
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com

Thursday, 26 November 2015

Tips Jimat Beli Buku Anak

Teks & gambar : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.

Sedikit perkongsian ringkas.

Hari ni nak kongsi cara saya jimat daripada beli buku banyak-banyak untuk anak.
Sesuai untuk anak bawah umur 5 tahun atau belum sekolah.
Yang peringkat belum pandai betul-betul lagi menulis.

Caranya :

1. Beli 1 buku yang ada isi kandungan menulis huruf kecil, huruf besar, nombor dan bentuk. (Contoh yang saya beli ada pada gambar)

2. Koyak/gunting/unbind helaian buku tersebut.

3. Masukkan helaian buku dalam protector sheet/laminate (saya tiada mesin laminate jadi saya guna protector sheet cap tesco sebab murah)

4. Gabungkan/cantumkan helaian guna ring/binder.

5. Guna whiteboard marker untuk menulis/menconteng. Guna tisu/kain untuk padam tulisan.

Buku ni kalau jaga elok-elok, 10 keturunan boleh guna lagi.
Hehehe.
Melampau tak 10 keturunan?
Iyalah..kalau si adik dah conteng-conteng, si kakak pon dah tak minat nak belajar tulis dalam buku tu.
Bila adik conteng boleh lap-lap manja buku tu, hasil karya hilang.
Jadi bila buat macam ni semua orang happy!

Mak tak pening nak kemas.
Anak tak pening tengok buku banyak-banyak.

Ini cara saya.
Mommies lain mungkin ada cara lebih hebat.

Salam sayang,
Mak ANH

Tuesday, 17 November 2015

Harga Emas Turun RM2.00

Teks : Noraida Mansor
Gambar : Perkongsian Kumpulan Sokongan

18/11/2015

Harga emas turun lagi Rm2.00.
Buat yang ada modal, boleh beli sekarang.

Macam-macam bentuk emas ada.

Barang kemas ada.
Dinar ada.
Syiling ada.
Goldbar ada.

Pendek kata, tepuk dada tanya poket.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Noraida Mansor
019-2159927
www.lubukemasmurah.com/anhgold

Sunday, 18 October 2015

Pad kain snowdrop : Promosi sempena "International Babywearing Week"

Assalamualaikum.

Snowdrop mengadakan promosi sempena "International Babywearing".
Bagi mereka yang ingin bertukar daripada pad pakai buang kepada pad yang lebih alami dan selamat, memang patut berbelanja semasa promosi ini. Sangat menjimatkan!

Sedikit perkongsian untuk kalian.

Kenapa cloth pad & liner lebih baik untuk anda?

1. Ramah alam sekitar
Pad kain tidak menyumbang kepada pengumpulan sampah kerana ia noleh dipakai berkali-kali. Pencemaran oleh bahan toksik juga dielakkan kerana pad kain diperbuat daripada bahan organik.

2. Boleh dibiodegradasikan
Apabila pad kain mencapai tempoh hayatnya setelah menggunakannya bertahun-tahun, ia boleh dibio-degradasi hampir sepenuhnya oleh kerana pad kain hampir tidak mengandungi bahan sintetik.

3. Tiada risiko TSS (Toxic Shock Syndrome)
TSS adalah jangkitan toksinbkuman yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh disebabkan oleh penggunaan tampon dan pad dengan serapan tinggi.

Moga info ini membantu anda membuat pilihan terbaik untuk diri anda.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh mesej/whatssap 019-2159927 (aida)

Tuesday, 18 August 2015

Ilmu Emas : Kelebihan Menyimpan Dinar

Teks/foto : perkongsian grup eksklusif
KELEBIHAN MENYIMPAN DINAR
Sebelum anda ingin membeli dinar. . Anda perlu tahu apa kelebihan dinar emas 999.9 ini.
Kelebihan :
��mengikut kembali sunnah Nabi dalam urusan berniaga
��sebagai hadiah maskahwin kepada isteri kita
��( nabi tak ajar umatnya bagi isteri dengan maharduit kertas, ingat tu... )
��beli dinar dari kami untuk ganti balik maskahwin isteri kita( nilai isteri kita jauh lebih tinggi dari nilai kertas ok........!!! )
��sebagai koleksi bulanan ( persediaan kejatuhan sistem duit kertas tak lama lagi )
��hadiah pada saudara maratanda penghargaan pada pekerja cemerlang
��bekalan menunaikan haji ( tukar kepada nilai duit kertas, kumpul dinar ini 2 tahun aje )
��"beli 1 Dinar 1 bulan dari kami, setiap bulan, selama 2 tahun aje"lepastu dah boleh pergi Mekah, cepat mudah berkesan.
www.lubukemasmurah.com/anhgold

Sunday, 7 June 2015

Peminat Tupperware : Cara simpan keropok keping

Teks & Foto : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya masih dalam mood untuk jual koleksi Tuppeware.
Walaupun berat hati pada mulanya, tapi saya tekad untuk "lepaskan" koleksi kesayangan.
Ada komitmen lain yang lebih perlu diambil berat dan dijaga.

Peminat Tupperware mesti tahu bekas bersaiz 10 liter ini.
Apa yang saya buat, saya simpan keropok keping yang belum digoreng di dalam bekas ini.
Bagi yang selalu simpan stok keropok keping di rumah, memang berbaloi ada bekas ini.

Kelebihan simpan keropok keping dalam bekas (canister) Tupperware ini adalah ;
1. Jimat ruang. (1 bekas muat 1kg++ keropok keping yang belum digoreng)
2. Terjamin daripada dimasuki semut atau lipas.
3. Mudah untuk dicapai semasa menggoreng.
4. Kedap udara.

Semoga bermanfaat untuk kalian.
Saya kongsi apa saya suka

Peminat Tupperware punya cerita,
Aida@Mak ANH



Saturday, 6 June 2015

SET BERPANTANG SHAKLEE

Teks : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t.,

Ini adalah #shakleeeffect saya.
Bagaimana mulanya saya kenal dan jatuh hati pada vitamin Shaklee ini.

Usia kandungan dah melebihi 39 minggu.
Segala persiapan Alhamdulillah selesai.
Memang tunggu si kecik nak keluar je.
Tekad untuk menyusukan anak, pam susu dah beli siap-siap.
Tapi, masih buntu untuk pilih set berpantang yang berkenan di hati.
Ikut hati malas nak guna.
Satu lagi memang jenis takut nak mencuba apa-apa produk yang kena makan.

Kakak tawarkan diri untuk hadiahkan set berpantang.
Sebab dia dah guna vitamin ini dan rasa kesan positif.
Pucuk dicita ulam mendatang.
Terima dengan tangan terbuka lah jawabnya.

ANH lahir pada minggu ke 41.
Ya.
Lebih tarikh jangkaan dan bersalin normal melalui proses "induced".
Alhamdulillah!
Momen pertama yang indah.
Bersyukur Allah bagi peluang merasa.

Mula fasa berpantang.
Ayah dah carikan batu sungai untuk bertungku.
Mak bertegas suruh bertungku.
Terima kasih mak.
Memang sedap rasa badan bila bertungku.
Mak buatkan air serung/serum@daun-daun untuk segarkan badan.
Masa tu tak tahu ada yang siap jual dalam paket.

Saya hanya makan set berpantang Shaklee sahaja pada masa itu.
Alhamdulillah!
Serasi dengan saya.
Keserasian itu kembalikan kesegaran dan kecergasan badan.
Walaupun pada masa itu jadual tidur tidak menentu.
Susu pun mencukupi untuk ANH.
Saya tidak makan Alfalfa pada masa berpantang kerana kesan terlalu hebat untuk saya.
Bengkak susu yang tak dapat saya hadap.
Jadi, saya simpan dulu Alfalfa dan hanya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee sahaja.
Saya dapat buat stok susu seawal 1 bulan berpantang.
Terpaksa menumpang peti sejuk rumah mak teh kerana susu memenuhi peti sejuk rumah mak.
Alhamdulillah!rezeki ANH.

Entri seterusnya saya cerita kelebihan dan manfaat Set Berpantang Shaklee.

Jika ingin membuat pembelian boleh klik pada link ini :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aba627e6575de48bcd4fc3be3d373c21


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Emel : pnnoraidamansor@gmail.com
sms/whatssap: 019-2159927/012-6435347

salam sayang,
Aida@Mak ANH

Thursday, 7 May 2015

Simpanan alternatif menunaikan haji

Teks : Perkongsian daripada Grup Eksklusif

Kos untuk menunaikan haji sejak tahun 2000 hingga sekarang menurun dengan mendadak apabila kita menggunakan dinar sebagai ukuran. Oleh kerana nilai emas meningkat saban tahun jumlah penggunaan dinar sentiasa menurun walaupun dengan wang kertas ia meningkat. Ini boleh dilihat dengan keadaan berikut :

Tahun 2000 (RM9,100)
1 dinar = RM140 
.: 65 dinar diperlukan

Tahun 2005 (RM12,000)
1 dinar = RM263              
.: 46 dinar diperlukan

Tahun 2010 (RM15,000)           
1 dinar = RM655              
.: 22 dinar diperlukan

Berdasarkan rekod-rekod tersebut kemungkinan kos untuk mengerjakan haji pada masa akan datang terus menurun hingga sekadar 10 dinar sahaja diperlukan untuk mengerjakan haji ke Mekah. Ini lah hikmahnya menyimpan emas.

Jom mulakan simpanan emas 1 gram, 1 bulan, 1 keluarga.

www.lubukemasmurah.com/anhgold

Emas vs wang kertas

Teks : perkongsian daripada Grup Eksklusif

Emas vs Wang Kertas

Dinar emas
Semua orang tahu tentang kenaikan harga emas tapi tak tahu tentang fakta sebenar tentang kenaikannya. Saya sentiasa ulang bab harga ni setiap kali berbicara tentang emas dengan sesiapa saja dan terpaksa membandingkan dengan dividen ASB untuk mencerahkannya lagi namun tiada juga tindakan susulannya. Masalahnya lagi ialah kepercayaan & tahap keimananya yang berbeza sebab level kefahaman tak sama.
Rupanya ada lagi masalah tentang macamana nak guna emas itu sendiri sebab ada yang bertanya bagaimana cara nak guna emas ni. Takkan nak simpan jer sampai banyak dan kalau terus simpan bila masa nak guna? Tak pe, saya akan cuba terangkannya sebaik mungkin. Sebelum kita bertindak menukarkan duit simpanan kita kepada emas, paling tidak pun kita kena juga menyediakan minda kita dengan ilmu emas. Maksud ilmu emas ialah bagaimana cara kita nak uruskannya sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi sebagai penyimpan emas tanpa ‘menggunakanya’ sebaik mungkin. Tanpa ilmu la tu.
Kenaikan harga emas sejak 10 tahun lalu ialah sebanyak 30% setahun (purata) berbanding ASB hanya 7% sahaja. Dari fakta ini pun kita sudah boleh membandingkan keuntungannya berbanding simpanan duit kertas biasa. Semestinya emas lebih untung la. Tapi ramai yang fobia dengan anggapan bahawa harga emas adalah mahal. Betul la tu.
Arrahnu.
Rasanya hampir semua orang tahu tentang arrahnu (pajakan cara Islam) tapi tak tahu secara dekat mengenainya. Jadi tak hairanlah masih ramai lagi yang bergantung dengan pajakan secara konvesional yang mencekik darah pemajaknya.


CONTOH 1
Ali dan Ahmad mendapat kerja pada tempat yang sama iaitu pada tahun 2000. Mereka diberi kebebasan untuk bayaran gaji samada dengan wang kertas dan dinar emas tapi dalam nilai yang sama iaitu RM700.00.


Ali memilih untuk dibayar dengan wang sebanyak RM700.00 sebulan dengan kenaikan gaji secara mendatar sebanyak RM60.00 setahun.
Ahmad pula memilih untuk dibayar dengan dinar emas iaitu 5 dinar sebulan tanpa kenaikan gaji sehingga pencen. (Nilai 1 dinar pada tahun 2000 ialah RM140.00 x 5 = RM700.00 )

Setelah 10 tahun Ali telah mengalami kenaikan gaji sebanyak 10 kali iaitu RM60 x 10 = RM600.

Gaji Ali pada tahun 2010 ialah RM700 + RM600 = RM1300 sebulan. Kenaikan gaji Ali adalah 18.57% setahun.

Manakala gaji Ahmad pula tidak berubah sejak 10 tahun dulu iaitu 5 dinar tapi kenaikan harga emas adalah 30% setahun (anggaran). Pada tahun 2010 harga satu dinar ialah RM655 (semasa artikel ini ditulis). Jumlah gaji Ahmad ialah 5 x RM655 = RM3275 dengan kenaikan sebanyak 46.78% setahun.

Kesimpulannya jika gaji pekerja dibayar dengan dinar emas kita tidak memerlukan kenaikan gaji tahunan seperti yang diamalkan kini. Bayangkan berapakah gaji Ahmad untuk 10 tahun akan datang. Mungkin majikannya tidak lagi mampu untuk membayar gajinya sebab pada masa berkenaan harga emas mungkin akan mencecah RM600/gram! ( 1 dinar = 4.25g x RM600 = RM2550) Jadi gaji Ahmad pada than 2020 ialah  RM2550 x 5 dinar = RM12,750. 


CONTOH 2
Kos untuk menunaikan haji sejak tahun 2000 hingga sekarang menurun dengan mendadak apabila kita menggunakan dinar sebagai ukuran. Oleh kerana nilai emas meningkat saban tahun jumlah penggunaan dinar sentiasa menurun walaupun dengan wang kertas ia meningkat. Ini boleh dilihat dengan keadaan berikut :


Tahun 2000 (RM9,100) 
1 dinar = RM140  
.: 65 dinar diperlukan


Tahun 2005 (RM12,000)
1 dinar = RM263               
.: 46 dinar diperlukan


Tahun 2010 (RM15,000)            
1 dinar = RM655               
.: 22 dinar diperlukan


Berdasarkan rekod-rekod tersebut kemungkinan kos untuk mengerjakan haji pada masa akan datang terus menurun hingga sekadar 10 dinar sahaja diperlukan untuk mengerjakan haji ke Mekah. Inilah hikmahnya menyimpan emas.

CONTOH 3
Ali dan dan Ahmad membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 untuk melabur dan akan mendapat pulangan dalam masa 10 tahun. Ali melabur dalam ASB manakala Ahmad membeli emas dan menyimpannya sendiri. Selepas 10 tahun kesimpulannya adalah seperti berikut :


Dividen dan bonus bagi ASB ialah 7% setahun.
RM100,000 x 7% x 10 tahun = RM170,000. Keuntungan sebanyak RM70,000 selama 10 tahun. Tolak inflasi 4% setahun maka baki keuntungannya ialah RM30,000.

Peningkatan harga emas adalah 30% setahun (purata)
RM100,000 x 30% x 10 tahun = RM400,000. Keuntungan sebanyak RM300,000 selama 10 tahun. 
Inflasi bagi emas ialah 0% sebab ia kalis inflasi.


Di sini kita boleh lihat keuntungan yang boleh dijana oleh emas manakala dengan menyimpan wang kertas ia sentiasa dimamah inflasi saban tahun. Sebenarnya walaupun pihak kerajaan menetapkan kesan inflasi negara diparas 4% setahun namun hakikatnya ia jauh lebih tinggi dari angka berkenaan.

Jom mulakan simpanan emas 1 gram, 1 bulan, 1 keluarga.

Emas vs wang kertas

Teks : Perkongsian daripada Grup Eksklusif

Mengapa anda perlu menukar wang kertas kepada emas (dinar atau goldbar)?
============================================================

» Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM700+- lebih kurang 1 dinar=4.25g

» Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

» Paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

» Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda penat2 simpan tak berkesudahan.

» Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

» Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

» Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.

» Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas.tak lama lagi akan down.

» Layak kena zakat.Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.
Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib. Anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.

» Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.

» Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.
 
» Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.Rujuk http://www.kitco.com/
Susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak.kita nampak kertas laku makin banyak.

Jom mulakan simpanan emas 1 gram 1 bulan 1 keluarga.

Alternatif tabungan hadapi persaraan

Teks : Perkongsian daripada Grup Eksklusif

"...Anda tidak seharusnya bergantung kepada simpanan KWSP sahaja sebagai sumber pendapatan untuk membiayai kehidupan persaraan..."

Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan?
Secara umumnya, simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Ini kerana jangka hayat yang panjang, gaji rendah dan bersara awal pada umur 55 tahun menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat.
Sejak KWSP ditubuhkan pada tahun 1 Oktober 1951, umur pengeluaran kesemua simpanan kekal pada umur 55 tahun walaupun jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna, simpanan KWSP perlu digunakan selama 20 tahun selepas bersara.

Statistik KWSP tahun 2013 bagi ahli berumur 54 tahun pula menunjukkan:-
* 69% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah;
* 54% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan ke bawah; dan
* Hanya 31% ahli yang masih bekerja pada umur 54 tahun.
Jumlah simpanan ini tidak mencukupi untuk membiayai tempoh persaraan lebih kurang 20 tahun.

Anda perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan supaya:-
* Tidak bergantung kepada simpanan KWSP sahaja;
* Mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh yang
singkat.

Tapi bagaimana?
Jadikan simpanan EMAS FIZIKAL sebagai altenatif tabungan persaraan anda.
Jom mulakan tabungn emas fizikal anda hari juga!
#misibebashutang
#simpanemas 
#1gram1bulan1keluarga 
#emasdapatbonuspundapat
#emaskalisinflasi 
#emaspelindungkekayaan

Emas sebagai pelindung nilai paling selamat?

Teks : Perkongsian daripada Grup Eksklusif

Emas sebagai pelindung nilai paling selamat?
===================================

Pernah anda melalui situasi atau terdengar perbualan;
“aku beli gelang ni lebih kurang 10 tahun yang dulu dengan duit hantaran kahwin. 
Masa tu harga emas sekitar RM 40/gram. 
Berat gelang 40 gram jadi jumlah RM 1600. SAHAJA!
Bayangkan kalau beli sekarang..RM 150/gram x 40g = RM 6000. Dasyat! 
Dalam masa 10 tahun, nilai gelang aku jadi 4 kali ganda. Untung mak aku yang paksa beli dulu-dulu. Ada juga harta yang tak susut nilai, yang boleh dipajak di kala terdesak. Kalau ikutkan pakar-pakar dalam bidang emas ni, boleh buat investment tool lagi.”

Anda ingin menjadikan emas sebagai aset masa depan dan aset pendidikan?

Mendaftar sebagai ahli (Modal RM386) /stokis (Modal RM3,800)
Kami sedia membantu anda!

Pm/sms/whatsApp : 019-2159927/14


Daftar keahlian disini : www.lubukemasmurah.com/anhgold

Thursday, 9 April 2015

Tips pilih buah

Teks : Noraida Mansor
Foto : koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t.,

Anak-anak bermacam ragam.
Dari cara makan ke cara pemakaian kalau tidak kena kehendak mereka pasti ada drama..he he he

Ini cara anak-anak makan buah limau.
Limau dibelah tengah secara melintang.
Kulitnya dibuang.
Isi dipotong muat-muat satu mulut.
Senang anak ambil dengan tangan terus masuk mulut.
Tidak comot meleleh-leleh airnya.
Baju pun tidak kotor.

Tips memilih buah limau (orange navel)

1. Pilih buah berwarna oren, bukan kuning.
2. Masukkan ke dalam peti ais. Makan selepas 1 ke 2 hari. Limau lebih sedap dan manis.

Selamat mencuba!

Sunday, 22 March 2015

Kos poslaju

Assalamualaikum w.b.t.,

Ini adalah rujukan untuk diri sendiri dan untuk dikongsi bersama.
Rajin staf pejabat pos ini.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. COD Salak Tinggi, Sepang dan Nilai.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee/pembelian produk Shaklee/menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui :

Emel : pnnoraidamansor@gmail.com
sms/whatssap : 019-2159927/012-6435347

salam sayang dari Eda@Mak ANH

Testimoni serum biowhite collagen

Assalamualaikum w.b.t.,
Siapa-siapa pun gembira bila bangun pagi kulit rasa licin dan bibir lembap.
Whatssap 019-2159927 untuk keterangan lanjut.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. COD Salak Tinggi, Sepang dan Nilai.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee/pembelian produk Shaklee/menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui :

Emel : pnnoraidamansor@gmail.com
sms/whatssap : 019-2159927/012-6435347

salam sayang dari Eda@Mak ANH