Monday 28 November 2016

Kenapa pilih Powergold?

Teks : Noraida Mansor

Assalamualaikum wbt.
Secara rasmi menjadi surirumah pada Januari 2014.
Ada masalah dalam hal penjagaan anak. Pengasuh anak tidak sihat. Doktor sarankan untuk tidak bekerja dan mengangkat berat. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki pengasuh anakku sekeluarga.

Semasa cuti bersalin tiga bulan, masih aktif buat bisnes online. Pada masa sama, memang tercari-cari keahlian bagi menjalankan bisnes emas. Minat. Ya sangat minat dengan emas.

Setelah buat "survey" dengan beberapa syarikat, saya buat keputusan untuk mendaftar keahlian dengan syarikat Powergold. Kenapa pilih Powergold?

Sebab utama harga pakej keahlian sangat-sangat mampu milik. Lepas jadi ahli, boleh beli produk emas dengan harga ahli yang jauh lebih murah berbanding di kedai. Di samping itu, ada bonus yang syarikat akan berikan sekiranya ada belian. Walau belian untuk diri sendiri pun diberi bonus. Yang paling penting, beli emas dapat emas. Banyak sangat manfaat jadi ahli sebenarnya. Cuma saya nyatakan sebab utama sahaja.

Pada mulanya memang saya berniat untuk jadi penyimpan emas sahaja. Jadi penyimpan pun saya dapat rasa keistimewaan yang syarikat tawarkan. Saya fikir apa salahnya sebarkan kebaikan simpanan emas. Terutamanya kepada surirumah. Kenapa surirumah? Sebab aset yang paling mudah disimpan dan sangat berharga adalah emas. Selain daripada kesihatan, itu aset paling utama untuk surirumah. Tak sihat macam mana nak jadi pengurus rumahtangga kan?

Saya cuma ingin membuka mata dan minda para ibu terutamanya untuk fikir masa depan. Masa depan sendiri dan anak-anak. Sekiranya (minta dijauhkan tetapi kena realistik) terjadi sesuatu kepada suami kita/ayah anak-anak kita, apa aset yang kita ada untuk jaminan masa depan? Sebenarnya, ini juga yang saya fikir setiap masa. Jadi, saya tekad untuk mulakan simpanan emas saya sekarang. Poin di sini adalah, MULAKAN!

Dapat sesuatu?

Jumpa di nukilan yang lain ya.

Salam mesra,

Noraida Mansor
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com
019-2159927

No comments:

Post a Comment