Thursday 9 April 2015

Tips pilih buah

Teks : Noraida Mansor
Foto : koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t.,

Anak-anak bermacam ragam.
Dari cara makan ke cara pemakaian kalau tidak kena kehendak mereka pasti ada drama..he he he

Ini cara anak-anak makan buah limau.
Limau dibelah tengah secara melintang.
Kulitnya dibuang.
Isi dipotong muat-muat satu mulut.
Senang anak ambil dengan tangan terus masuk mulut.
Tidak comot meleleh-leleh airnya.
Baju pun tidak kotor.

Tips memilih buah limau (orange navel)

1. Pilih buah berwarna oren, bukan kuning.
2. Masukkan ke dalam peti ais. Makan selepas 1 ke 2 hari. Limau lebih sedap dan manis.

Selamat mencuba!