Saturday 20 December 2014

Kempen Bebas Botol Susu : Day 1

Ok..mak ANH syok sendiri!
Hehehehe

Sebenarnya memang dah lama nak kakak minum susu dalam cawan.
Sebolehnya nak kakak minum susu segar (fresh milk) atau susu lain selain susu formula.
Bab minum air masak memang tiada masalah.
Kakak suka minum air masak.

Cuma sekarang nak latih dia untuk minum susu dalam cawan.
Ini sebagai langkah awal untuk ke tadika.

Maka hari ini (20.12.2014) bermula Kempen Bebas Botol Susu untuk kakak.
Harap-harap berjaya.

Mak kena buka dan cari nota berkenaan sumber kalsium daripada makanan.
Moga berjaya untukku :)

nota : Hanya 2 botol sahaja diminum hari ini. Bagus kakak!

Nanti mak mesti rindu ayat kakak yang ini,
"Mak tolongla buat susu kakak, mak letak air suam eh"
Kakak minum susu bila suam sahaja. Bila sejuk terus tolak.

Anak mak dah besar rupanya.
sobbbsss*lap hingus*

salam sayang,
mak ANH

Testimoni : Sustained Release Vita-C Plus

Teks : Noraida Mansor
Gambar : Sumber dari grup eksklusif

Ini adalah testimoni pengguna yang menggunakan set kecantikan.
Salah satu vitamin dalam set tersebut ialah vitamin c.

memetik kata-kata pengguna ini,

"Kecantikan, kesihatan itu anugerah Allah.
Maka, jagalah"

Setuju dengan kata-kata beliau yang ringkas tapi padat dengan penuh makna.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. COD Salak Tinggi, Sepang dan Nilai.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee/pembelian produk Shaklee/menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui :

Emel : pnnoraidamansor@gmail.com
sms/whatssap : 019-2159927/012-6435347

salam sayang dari Eda@Mak ANH

Produk Shaklee : Sustained Release Vita C 500mg

Vita C Shaklee ini antara supplemen wajib yang saya ambil secara harian. 
Apa kelebihan dan manfaat utama Vita C ini?

Kelebihan dan perbezaan Vita C Shaklee
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin c telah direka oleh Shaklee.
Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin c di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat utama 

1) Membentuk kolagen
Vitamin c ini merangsang pembentukan kolagen. kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengelakkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2) Memperbaiki simptom pendarahan
Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit serta asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

4) Memerangi kanser
Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dar tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5) Mencantikkan kulit
Ambil vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6) Memperbaiki insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7) Mengekalkan kolesterol sihat
Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosklerosis, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. COD Salak Tinggi, Sepang dan Nilai.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee/pembelian produk Shaklee/menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui :

Emel : pnnoraidamansor@gmail.com
sms/whatssap : 019-2159927/012-6435347

salam sayang dari Eda@Mak ANH


Wednesday 17 December 2014

Pengenalan Produk Shaklee


3 Elemen penting yang ditekankan Shaklee adalah :

SEMULAJADI SELAMAT, BERKESAN dan TERBUKTI selama lebih 50 tahun


1. SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.


2. SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

3. SENTIASA MESRA ALAM
  • Tiada perasa-perasa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna atau lemak Trans
  • Tiada bendasing tersembunyi
  • Tiada ujian terhadap haiwan
  • Tiada bahan-bahan yang diharamkan
  • Tiada peluntur klorin

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Shaklee juga pernah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

PRESTASI PRODUK SHAKLEE
  • 7 daripada Time-Life's 25 Greatest Adventures of all Time menggunakan produk Shaklee
  • Mt. Everest  - Rakyat Amerika pertama yang mendaki tanpa oksigen
  • Ekspedisi Calypso dan Alycon oleh Jacques Cousteau
  • Voyager - Penerbangan keliling dunia tanoa henti yang pertama
  • Tiga ekspedisi kutub oleh Will Steger yang telah memecah rekod
  • Projek Daedalus - Mencipta rekod dunia untuk penerbangan yang dijana oleh manusia
  • Gary Hal, Jr - Pemenang pingat emas Olimpik bagi acara bebas 50 meter untuk kali ketiga berturut-turut. 
 
Sejarah Perkembangan Shaklee - Shaklee Milestone :

1960 - Shaklee memperkenalkan pencuci pekat organik Basic-H® , salah satu pencuci biodegrasi, bebas toksik yang pertama
Shaklee introduces Basic-H® Concentrated Organic Cleaner, one of the first nontoxic,  biodegradable cleaners.

1961 - Shaklee mencipta salah satu rumusan suplemen protein segera berasaskan soya yang pertama
Shaklee creates one of the first soy-based instant protein supplements.

1972 - Shaklee memperkenalkan serbuk pencuci pakaian biodegradasi tanpa fosfat, nitrat atau borat yang pertama
Shaklee introduces one of the first biodegradable laundry detergents that contain no phosphates, nitrates, or borates.

1977 - Shaklee disenaraikan dalam Bursa Saham New York. 
Shaklee listed on the New York Stock Exchange.

1981 - Shaklee memperkenalkan Vitamin C berasaskan tumbuhan dengan pembebasan terkawal yang pertaama. 
Shaklee introduces the first plant-based sustained release delivery system for Vitamin C. 

1982 - Shaklee menjadi syarikat Fortune 500
Shaklee becomes a Fortune 500 company.

1993- Shaklee mencipta dan membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi yang dirumus khas untuk para angkasawan yang digelar Astro Aide. 
Shaklee develops and supplies NASA with a customized rehydration beverage for the Space Shuttle Astronauts called AstroAide. 

1996 - Shaklee membantu ahli-ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta.
Shaklee-powered world-class athletes win 8 gold medals in Atlanta
Games
.


2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang menperolehi sijil Climate NeutralTM yang mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida di mana ia menghasilkan impak sifar pada alam sekitar. 
Shaklee becomes the first company in the world to be Climate NeutralTM certified to totally offset its greenhouse gas emissions, resulting in a net-zero impact on the enviroment. 

2004 - Shaklee membantu atlit-atlit bertaraf dunia memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece. 
Shaklee-powered world-class athletes win 15 gold medals in Athens, Greece.

2005 - Shaklee memperkenalkan satu daripada formula imun penggalak interferon semula jadi 
pertama yang dinamakan Nutriferon ®.
Shaklee introduces one of the first natural interferon-boosting immunity formulas called 
Nutriferon®.


2006 - Pasukan Ski dan Luncur Salji Amerika Syarikat yang diperkasai oleh Shaklee, memenangi 10 pingat di Torini, Italy.
 U.S. Ski TEAM and U.S. Snowboarding, Shaklee-powered athletes, win 10 gold medals in Turin Italy. 

2008- Shaklee memperkenalkan VivixTM, penemuan revolusi terbaru dalam anti-penuaan sel. 
Shaklee introduces VivixTM , a revolutionary breakthrough in cellular anti-aging.


"Kami telah membayar lebih daripada $6 bilion kepada insan seperti anda dan menawarkan produk-produk yang membawa perubahan kepada manusia juga bumi ini"



"THE MORE YOU SHARE WITH OTHERS, 
THE MORE VALUABLE YOUR SHARE WILL BECOME, 
DO UNTO OTHERS AS YOU WOULD HAVE THEM DO UNTO YOU
- Dr. Forrest C. Shaklee
 



Wednesday 10 December 2014

Tanam sendiri sayur : Natural Farming

Assalamualaikum.

Sebelum ini ada perasaan bercucuk tanam itu susah.
Tapi sebenarnya tak!
Idea nak bercucuk tanam datang bila tengok mak mertua buat edible garden keliling rumah.
Kami ada ahli keluarga anak syurga.
Aiman, penghidap cerebral palsy dan pemegang kad OKU.
Makan dan minumnya tak boleh sebarangan.
Jadi, nenek tanam sayur-sayur sendiri supaya Aiman dapat makan sayur segar dari laman.
Ilham tercipta dan direalisasikan.
Saya jadikan amalan berkebun sebagai salah satu aktiviti bersama anak.
Peluh keluar dan anak-anak dapat belajar ilmu alam.
Paling utama, anak-anak dapat makan makanan berkhasiat hasil air tangan mak.

Nanti kita cerita bagaimana nak mula bercucuk tanam ye :-)

Saturday 29 November 2014

Hari Keluarga

Alhamdulillah.
Diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menikmati saat percutian bersama keluarga.
Hari Keluarga Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat atau dikenali sebagai Pusat Flora Cheras diadakan di Bukit Gambang Water Park.
Rombongan sebanyak 1 buah bas dan 4 buah kereta bertolak ke destinasi pada hari Sabtu, 29 November 2014. Kami menginap di Hotel Grand Continental, Kuantan. Aktiviti adalah bebas pada petang hari tersebut. Kami berkumpul pada waktu makan malam di Restoren Ikan Bakar Petai Ana.
Pada pagi 30 November 2014, kami bertolak ke Bukit Gambang Water Park.
Cuaca sangat elok. Walaupun pada masa itu musim tengkujuh.
Alhamdulillah, masing-masing seronok dan kepenatan sesudah program.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Doa :
Ya Allah limpahkanlah rezeki dan rahmatMu supaya dapat kami berkumpul di program hari keluarga pada tahun hadapan. Semoga hati kami disatukan dan dilimpahi kasih sayang.

Amin.