Saturday 20 December 2014

Kempen Bebas Botol Susu : Day 1

Ok..mak ANH syok sendiri!
Hehehehe

Sebenarnya memang dah lama nak kakak minum susu dalam cawan.
Sebolehnya nak kakak minum susu segar (fresh milk) atau susu lain selain susu formula.
Bab minum air masak memang tiada masalah.
Kakak suka minum air masak.

Cuma sekarang nak latih dia untuk minum susu dalam cawan.
Ini sebagai langkah awal untuk ke tadika.

Maka hari ini (20.12.2014) bermula Kempen Bebas Botol Susu untuk kakak.
Harap-harap berjaya.

Mak kena buka dan cari nota berkenaan sumber kalsium daripada makanan.
Moga berjaya untukku :)

nota : Hanya 2 botol sahaja diminum hari ini. Bagus kakak!

Nanti mak mesti rindu ayat kakak yang ini,
"Mak tolongla buat susu kakak, mak letak air suam eh"
Kakak minum susu bila suam sahaja. Bila sejuk terus tolak.

Anak mak dah besar rupanya.
sobbbsss*lap hingus*

salam sayang,
mak ANH

No comments:

Post a Comment