Thursday 26 November 2015

Tips Jimat Beli Buku Anak

Teks & gambar : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.

Sedikit perkongsian ringkas.

Hari ni nak kongsi cara saya jimat daripada beli buku banyak-banyak untuk anak.
Sesuai untuk anak bawah umur 5 tahun atau belum sekolah.
Yang peringkat belum pandai betul-betul lagi menulis.

Caranya :

1. Beli 1 buku yang ada isi kandungan menulis huruf kecil, huruf besar, nombor dan bentuk. (Contoh yang saya beli ada pada gambar)

2. Koyak/gunting/unbind helaian buku tersebut.

3. Masukkan helaian buku dalam protector sheet/laminate (saya tiada mesin laminate jadi saya guna protector sheet cap tesco sebab murah)

4. Gabungkan/cantumkan helaian guna ring/binder.

5. Guna whiteboard marker untuk menulis/menconteng. Guna tisu/kain untuk padam tulisan.

Buku ni kalau jaga elok-elok, 10 keturunan boleh guna lagi.
Hehehe.
Melampau tak 10 keturunan?
Iyalah..kalau si adik dah conteng-conteng, si kakak pon dah tak minat nak belajar tulis dalam buku tu.
Bila adik conteng boleh lap-lap manja buku tu, hasil karya hilang.
Jadi bila buat macam ni semua orang happy!

Mak tak pening nak kemas.
Anak tak pening tengok buku banyak-banyak.

Ini cara saya.
Mommies lain mungkin ada cara lebih hebat.

Salam sayang,
Mak ANH

Tuesday 17 November 2015

Harga Emas Turun RM2.00

Teks : Noraida Mansor
Gambar : Perkongsian Kumpulan Sokongan

18/11/2015

Harga emas turun lagi Rm2.00.
Buat yang ada modal, boleh beli sekarang.

Macam-macam bentuk emas ada.

Barang kemas ada.
Dinar ada.
Syiling ada.
Goldbar ada.

Pendek kata, tepuk dada tanya poket.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Noraida Mansor
019-2159927
www.lubukemasmurah.com/anhgold