Saturday 29 November 2014

Hari Keluarga

Alhamdulillah.
Diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menikmati saat percutian bersama keluarga.
Hari Keluarga Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat atau dikenali sebagai Pusat Flora Cheras diadakan di Bukit Gambang Water Park.
Rombongan sebanyak 1 buah bas dan 4 buah kereta bertolak ke destinasi pada hari Sabtu, 29 November 2014. Kami menginap di Hotel Grand Continental, Kuantan. Aktiviti adalah bebas pada petang hari tersebut. Kami berkumpul pada waktu makan malam di Restoren Ikan Bakar Petai Ana.
Pada pagi 30 November 2014, kami bertolak ke Bukit Gambang Water Park.
Cuaca sangat elok. Walaupun pada masa itu musim tengkujuh.
Alhamdulillah, masing-masing seronok dan kepenatan sesudah program.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Doa :
Ya Allah limpahkanlah rezeki dan rahmatMu supaya dapat kami berkumpul di program hari keluarga pada tahun hadapan. Semoga hati kami disatukan dan dilimpahi kasih sayang.

Amin.