Friday 2 December 2016

Manfaatkan lebihan belanja bulanan dengan simpanan emas

Teks : Noraida Mansor

Assalamualaikum wbt.

Saya cuma ingin berkongsi berkenaan tabiat menyimpan lebihan wang dari belanja bulanan oleh pelanggan saya.
Setiap bulan, pelanggan saya akan memperuntukkan Rm1,000.00 untuk pembelian emas fizikal. Buat masa ini, beliau lebih berminat untuk membeli dan membuat koleksi rantai tangan. Bila ditanya, ini adalah salah satu alternatif simpanan masa depan dan menjamin lebihan belanja Rm1000.00 bertambah nilai pada masa depan.

Perlu diingat, emas tidak kalis inflasi.

Pilihan dan tindakan yang bijak.

Manakala, bagi pelanggan saya yang menyertai kutu tunai Rm1000.00 untuk pembelian emas pula memilih emas 999 sebagai simpanan masa depan. Simpanan permulaan dengan pembelian gold bar, 1/4 dinar dan syiling. (seperti dalam gambar di bawah)

Poin utama, pelbagaikan simpanan emas.
Emas tetap bernilai dalam apa jua bentuk.
Lagipun, cantik-cantik dan comel-comel emas dari Powergold ni!

Tiada Rm1000.00?
Usah risau.
Simpanan serendah 0.5g pun ada.
Yang penting, tanya hati.
Simpanan untuk masa hadapan.
Bukan hari ni beli, esok sibuk nak jual balik **sengih tangis**
Itu bukan simpanan namanya.

Mari mulakan simpanan emas kita.

"Beli emas, dapat emas"

Noraida Mansor
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com
019-2159927 (whatssap)

Wednesday 30 November 2016

Simpanan Emas Terbaik

Teks : Perkongsian grup eksklusif

Apakah simpanan emas terbaik?

Dinar, gold bar atau barang kemas?

Soalan yang selalu bermain di minda seseorang yang baru "nak belajar simpan dinar. Goldbar atau barang kemas?Mana yang paling bagus?

Jawapan saya, pelbagaikan simpanan kerana setiap emas ada kelebihan tersendiri.

Jom kita kaji kelebihan emas.

DINAR
-boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
-digunakan untuk membayar zakat
dijadikan sebagai hantaran mas kahwin cerderamata / hadiah untuk org tersayang
simpanan untuk pergi haji
-tabungan/simpanan

GOLD BAR
-harga lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1g kerana kos pembuatan tinggi
-memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata
-pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula
-bentuk fizikal lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
-sesuai untuk simpanan jangka masa panjang sseperti pendidikan anak-anak, perkahwinan,simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
-jaminan ekonomi keluarga pada masa depan

BARANG KEMAS
-dijadikan perhiasan wanita
mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau
-fungsi 4 dalam 1 (perhiasaan, simpanan, pelaburan dan perniagaan)
-mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan atau ar rahnu

Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?
Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan.

Pilihan ditangan kita. Bertindak sekarang atau jadi pemerhati?

Marilah bertindak menyimpan emas sekarang.
Bijak EMAS.
Rebutlah Peluang Keemasan. Jangan tunggu usia emas baru nak bertindak

"Beli emas, dapat emas"

Noraida Mansor
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com
019-2159927 (whatssap)

Monday 28 November 2016

Kenapa pilih Powergold?

Teks : Noraida Mansor

Assalamualaikum wbt.
Secara rasmi menjadi surirumah pada Januari 2014.
Ada masalah dalam hal penjagaan anak. Pengasuh anak tidak sihat. Doktor sarankan untuk tidak bekerja dan mengangkat berat. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki pengasuh anakku sekeluarga.

Semasa cuti bersalin tiga bulan, masih aktif buat bisnes online. Pada masa sama, memang tercari-cari keahlian bagi menjalankan bisnes emas. Minat. Ya sangat minat dengan emas.

Setelah buat "survey" dengan beberapa syarikat, saya buat keputusan untuk mendaftar keahlian dengan syarikat Powergold. Kenapa pilih Powergold?

Sebab utama harga pakej keahlian sangat-sangat mampu milik. Lepas jadi ahli, boleh beli produk emas dengan harga ahli yang jauh lebih murah berbanding di kedai. Di samping itu, ada bonus yang syarikat akan berikan sekiranya ada belian. Walau belian untuk diri sendiri pun diberi bonus. Yang paling penting, beli emas dapat emas. Banyak sangat manfaat jadi ahli sebenarnya. Cuma saya nyatakan sebab utama sahaja.

Pada mulanya memang saya berniat untuk jadi penyimpan emas sahaja. Jadi penyimpan pun saya dapat rasa keistimewaan yang syarikat tawarkan. Saya fikir apa salahnya sebarkan kebaikan simpanan emas. Terutamanya kepada surirumah. Kenapa surirumah? Sebab aset yang paling mudah disimpan dan sangat berharga adalah emas. Selain daripada kesihatan, itu aset paling utama untuk surirumah. Tak sihat macam mana nak jadi pengurus rumahtangga kan?

Saya cuma ingin membuka mata dan minda para ibu terutamanya untuk fikir masa depan. Masa depan sendiri dan anak-anak. Sekiranya (minta dijauhkan tetapi kena realistik) terjadi sesuatu kepada suami kita/ayah anak-anak kita, apa aset yang kita ada untuk jaminan masa depan? Sebenarnya, ini juga yang saya fikir setiap masa. Jadi, saya tekad untuk mulakan simpanan emas saya sekarang. Poin di sini adalah, MULAKAN!

Dapat sesuatu?

Jumpa di nukilan yang lain ya.

Salam mesra,

Noraida Mansor
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com
019-2159927

MANFAAT EMAS BAGI KECANTIKAN

Teks : Perkongsian grup ekslusif

MANFAAT EMAS BAGI KECANTIKAN

1. Emas memiliki kandungan antibakteria untuk mencegah komedo dan jerawat pada kulit wajah.

2. Kandungan emas sangat baik untuk memperlancar peredaran darah sekaligus membersihkan kotoran dan toksin yang menempel pada kulit wajah dan tubuh.

3. Emas membantu menghantarkan asupan oksigen sehingga meremajakan lapisan kulit terluar dan membuat rona kulit tampak berkilau.

4. Emas membantu memperlancar aliran kelenjar getah bening di area kulit wajah yang berfungsi untuk mengurangi pembengkakan pada wajah, iritasi, kemerahan, serta lingkaran hitam di bawah mata.

5. Kandungan di dalamnya bertindak sebagai anti aging dengan menjaga kelembapan kulit serta merangsang produksi kolagen untuk memperbaiki tekstur kulit menjadi  kencang, kenyal, dan sehat.

Wow!
Jom mulakan simpanan emas sekarang!

Beli emas, dapat emas.

Qaseh ANH Mall
www.lubukemasmurah.com/anhgold
qasehanhmall.blogspot.com

Thursday 26 November 2015

Tips Jimat Beli Buku Anak

Teks & gambar : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.

Sedikit perkongsian ringkas.

Hari ni nak kongsi cara saya jimat daripada beli buku banyak-banyak untuk anak.
Sesuai untuk anak bawah umur 5 tahun atau belum sekolah.
Yang peringkat belum pandai betul-betul lagi menulis.

Caranya :

1. Beli 1 buku yang ada isi kandungan menulis huruf kecil, huruf besar, nombor dan bentuk. (Contoh yang saya beli ada pada gambar)

2. Koyak/gunting/unbind helaian buku tersebut.

3. Masukkan helaian buku dalam protector sheet/laminate (saya tiada mesin laminate jadi saya guna protector sheet cap tesco sebab murah)

4. Gabungkan/cantumkan helaian guna ring/binder.

5. Guna whiteboard marker untuk menulis/menconteng. Guna tisu/kain untuk padam tulisan.

Buku ni kalau jaga elok-elok, 10 keturunan boleh guna lagi.
Hehehe.
Melampau tak 10 keturunan?
Iyalah..kalau si adik dah conteng-conteng, si kakak pon dah tak minat nak belajar tulis dalam buku tu.
Bila adik conteng boleh lap-lap manja buku tu, hasil karya hilang.
Jadi bila buat macam ni semua orang happy!

Mak tak pening nak kemas.
Anak tak pening tengok buku banyak-banyak.

Ini cara saya.
Mommies lain mungkin ada cara lebih hebat.

Salam sayang,
Mak ANH

Tuesday 17 November 2015

Harga Emas Turun RM2.00

Teks : Noraida Mansor
Gambar : Perkongsian Kumpulan Sokongan

18/11/2015

Harga emas turun lagi Rm2.00.
Buat yang ada modal, boleh beli sekarang.

Macam-macam bentuk emas ada.

Barang kemas ada.
Dinar ada.
Syiling ada.
Goldbar ada.

Pendek kata, tepuk dada tanya poket.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Noraida Mansor
019-2159927
www.lubukemasmurah.com/anhgold