Sunday 7 June 2015

Peminat Tupperware : Cara simpan keropok keping

Teks & Foto : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya masih dalam mood untuk jual koleksi Tuppeware.
Walaupun berat hati pada mulanya, tapi saya tekad untuk "lepaskan" koleksi kesayangan.
Ada komitmen lain yang lebih perlu diambil berat dan dijaga.

Peminat Tupperware mesti tahu bekas bersaiz 10 liter ini.
Apa yang saya buat, saya simpan keropok keping yang belum digoreng di dalam bekas ini.
Bagi yang selalu simpan stok keropok keping di rumah, memang berbaloi ada bekas ini.

Kelebihan simpan keropok keping dalam bekas (canister) Tupperware ini adalah ;
1. Jimat ruang. (1 bekas muat 1kg++ keropok keping yang belum digoreng)
2. Terjamin daripada dimasuki semut atau lipas.
3. Mudah untuk dicapai semasa menggoreng.
4. Kedap udara.

Semoga bermanfaat untuk kalian.
Saya kongsi apa saya suka

Peminat Tupperware punya cerita,
Aida@Mak ANH



No comments:

Post a Comment