Thursday 7 May 2015

Alternatif tabungan hadapi persaraan

Teks : Perkongsian daripada Grup Eksklusif

"...Anda tidak seharusnya bergantung kepada simpanan KWSP sahaja sebagai sumber pendapatan untuk membiayai kehidupan persaraan..."

Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan?
Secara umumnya, simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Ini kerana jangka hayat yang panjang, gaji rendah dan bersara awal pada umur 55 tahun menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat.
Sejak KWSP ditubuhkan pada tahun 1 Oktober 1951, umur pengeluaran kesemua simpanan kekal pada umur 55 tahun walaupun jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna, simpanan KWSP perlu digunakan selama 20 tahun selepas bersara.

Statistik KWSP tahun 2013 bagi ahli berumur 54 tahun pula menunjukkan:-
* 69% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah;
* 54% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan ke bawah; dan
* Hanya 31% ahli yang masih bekerja pada umur 54 tahun.
Jumlah simpanan ini tidak mencukupi untuk membiayai tempoh persaraan lebih kurang 20 tahun.

Anda perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan supaya:-
* Tidak bergantung kepada simpanan KWSP sahaja;
* Mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh yang
singkat.

Tapi bagaimana?
Jadikan simpanan EMAS FIZIKAL sebagai altenatif tabungan persaraan anda.
Jom mulakan tabungn emas fizikal anda hari juga!
#misibebashutang
#simpanemas 
#1gram1bulan1keluarga 
#emasdapatbonuspundapat
#emaskalisinflasi 
#emaspelindungkekayaan

No comments:

Post a Comment