Tuesday 10 March 2015

Anak kurang selera makan

Teks : Noraida Mansor
Foto : Koleksi peribadi
Assalamualaikum w.b.t.,
Bilamana anak-anak kurang makan mesti ibu ayah susah hati. Bermacam resepi dicuba untuk tawan selera anak. Tapi hampa bila anak menolak untuk makan.
Ini pandangan peribadi saya.
1. Mula tumbuh gigi
Cuba perhati samada mungkin anak mula nak tumbuh gigi. Biasanya anak akan berasa kurang selesa bila keadaan ini berlaku. Keadaan ini berlaku juga kepada anak yang sudah ada gigi dan mula tumbuh gigi baru. Mereka lebih berminat dengan makanan lebih lembut contohnya seperti bubur atau nasi lembut. Selain itu, mereka lebih cenderung makan makanan yang boleh dipegang dengan tangan. Sambil bermain sambil makan. Mungkin rasa kurang selesa dilupakan kerana asyik bermain. Ibu ayah juga boleh cuba suapkan makanan sambil anak bermain permainan digemari.
2. Kecacingan.
Anak-anak yang kecacingan juga boleh hilang selera makan. Mata cekung, perut buncit dan tidur menonggeng antara tanda kecacingan. Antara petua tradisional yang dicadangkan adalah mandikan anak dengan air campuran daun kucai.
3. Makan makanan ringan
Antara penyebab anak-anak hilang selera makan adalah kerana makan makanan ringan. Mereka berasa kenyang. Tetapi sebenarnya kenyang yang tiada manfaat atau khasiat nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran anak.
4. Minum susu ibu
Seperti anak saya, mereka hanya menunjukkan minat untuk makan pada usia 10 bulan. Mereka berasa kenyang dengan susu ibu. Bagaimana kita tahu anak kenyang?Anak tidak meragam dan tidur malam dengan lena. Semudah itu sahaja sebenarnya. Tetapi tidak semua anak-anak begitu. Ada yang menyusu badan dan juga kuat selera makan.
Setakat ini dahulu perkongsian saya. Perkongsian ini berdasarkan pendapat dan pengetahuan saya yang terhad. Segalanya milik Allah. Tujuan utama saya hanya untuk berkongsi. Moga mendapat manfaat. Maafkan bahasa saya yang ringkas dan mudah.
**saya kongsikan testimoni anak rakan yang mencuba Mealshakes Shaklee untuk tingkatkan selera makan anaknya. Alhamdulillah, dengan usaha, naik berat anaknya..dengan izin Allah semuanya**
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. COD Salak Tinggi, Sepang dan Nilai.
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee/pembelian produk Shaklee/menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui :
Emel : pnnoraidamansor@gmail.com
sms/whatssap : 019-2159927/012-6435347
salam sayang dari Eda@Mak ANH

No comments:

Post a Comment