Thursday, 26 November 2015

Tips Jimat Beli Buku Anak

Teks & gambar : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.

Sedikit perkongsian ringkas.

Hari ni nak kongsi cara saya jimat daripada beli buku banyak-banyak untuk anak.
Sesuai untuk anak bawah umur 5 tahun atau belum sekolah.
Yang peringkat belum pandai betul-betul lagi menulis.

Caranya :

1. Beli 1 buku yang ada isi kandungan menulis huruf kecil, huruf besar, nombor dan bentuk. (Contoh yang saya beli ada pada gambar)

2. Koyak/gunting/unbind helaian buku tersebut.

3. Masukkan helaian buku dalam protector sheet/laminate (saya tiada mesin laminate jadi saya guna protector sheet cap tesco sebab murah)

4. Gabungkan/cantumkan helaian guna ring/binder.

5. Guna whiteboard marker untuk menulis/menconteng. Guna tisu/kain untuk padam tulisan.

Buku ni kalau jaga elok-elok, 10 keturunan boleh guna lagi.
Hehehe.
Melampau tak 10 keturunan?
Iyalah..kalau si adik dah conteng-conteng, si kakak pon dah tak minat nak belajar tulis dalam buku tu.
Bila adik conteng boleh lap-lap manja buku tu, hasil karya hilang.
Jadi bila buat macam ni semua orang happy!

Mak tak pening nak kemas.
Anak tak pening tengok buku banyak-banyak.

Ini cara saya.
Mommies lain mungkin ada cara lebih hebat.

Salam sayang,
Mak ANH

Tuesday, 17 November 2015

Harga Emas Turun RM2.00

Teks : Noraida Mansor
Gambar : Perkongsian Kumpulan Sokongan

18/11/2015

Harga emas turun lagi Rm2.00.
Buat yang ada modal, boleh beli sekarang.

Macam-macam bentuk emas ada.

Barang kemas ada.
Dinar ada.
Syiling ada.
Goldbar ada.

Pendek kata, tepuk dada tanya poket.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Noraida Mansor
019-2159927
www.lubukemasmurah.com/anhgold

Sunday, 18 October 2015

Pad kain snowdrop : Promosi sempena "International Babywearing Week"

Assalamualaikum.

Snowdrop mengadakan promosi sempena "International Babywearing".
Bagi mereka yang ingin bertukar daripada pad pakai buang kepada pad yang lebih alami dan selamat, memang patut berbelanja semasa promosi ini. Sangat menjimatkan!

Sedikit perkongsian untuk kalian.

Kenapa cloth pad & liner lebih baik untuk anda?

1. Ramah alam sekitar
Pad kain tidak menyumbang kepada pengumpulan sampah kerana ia noleh dipakai berkali-kali. Pencemaran oleh bahan toksik juga dielakkan kerana pad kain diperbuat daripada bahan organik.

2. Boleh dibiodegradasikan
Apabila pad kain mencapai tempoh hayatnya setelah menggunakannya bertahun-tahun, ia boleh dibio-degradasi hampir sepenuhnya oleh kerana pad kain hampir tidak mengandungi bahan sintetik.

3. Tiada risiko TSS (Toxic Shock Syndrome)
TSS adalah jangkitan toksinbkuman yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh disebabkan oleh penggunaan tampon dan pad dengan serapan tinggi.

Moga info ini membantu anda membuat pilihan terbaik untuk diri anda.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh mesej/whatssap 019-2159927 (aida)

Tuesday, 18 August 2015

Ilmu Emas : Kelebihan Menyimpan Dinar

Teks/foto : perkongsian grup eksklusif
KELEBIHAN MENYIMPAN DINAR
Sebelum anda ingin membeli dinar. . Anda perlu tahu apa kelebihan dinar emas 999.9 ini.
Kelebihan :
��mengikut kembali sunnah Nabi dalam urusan berniaga
��sebagai hadiah maskahwin kepada isteri kita
��( nabi tak ajar umatnya bagi isteri dengan maharduit kertas, ingat tu... )
��beli dinar dari kami untuk ganti balik maskahwin isteri kita( nilai isteri kita jauh lebih tinggi dari nilai kertas ok........!!! )
��sebagai koleksi bulanan ( persediaan kejatuhan sistem duit kertas tak lama lagi )
��hadiah pada saudara maratanda penghargaan pada pekerja cemerlang
��bekalan menunaikan haji ( tukar kepada nilai duit kertas, kumpul dinar ini 2 tahun aje )
��"beli 1 Dinar 1 bulan dari kami, setiap bulan, selama 2 tahun aje"lepastu dah boleh pergi Mekah, cepat mudah berkesan.
www.lubukemasmurah.com/anhgold

Sunday, 7 June 2015

Peminat Tupperware : Cara simpan keropok keping

Teks & Foto : Noraida Mansor

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya masih dalam mood untuk jual koleksi Tuppeware.
Walaupun berat hati pada mulanya, tapi saya tekad untuk "lepaskan" koleksi kesayangan.
Ada komitmen lain yang lebih perlu diambil berat dan dijaga.

Peminat Tupperware mesti tahu bekas bersaiz 10 liter ini.
Apa yang saya buat, saya simpan keropok keping yang belum digoreng di dalam bekas ini.
Bagi yang selalu simpan stok keropok keping di rumah, memang berbaloi ada bekas ini.

Kelebihan simpan keropok keping dalam bekas (canister) Tupperware ini adalah ;
1. Jimat ruang. (1 bekas muat 1kg++ keropok keping yang belum digoreng)
2. Terjamin daripada dimasuki semut atau lipas.
3. Mudah untuk dicapai semasa menggoreng.
4. Kedap udara.

Semoga bermanfaat untuk kalian.
Saya kongsi apa saya suka

Peminat Tupperware punya cerita,
Aida@Mak ANH