Wednesday, 10 December 2014

Tanam sendiri sayur : Natural Farming

Assalamualaikum.

Sebelum ini ada perasaan bercucuk tanam itu susah.
Tapi sebenarnya tak!
Idea nak bercucuk tanam datang bila tengok mak mertua buat edible garden keliling rumah.
Kami ada ahli keluarga anak syurga.
Aiman, penghidap cerebral palsy dan pemegang kad OKU.
Makan dan minumnya tak boleh sebarangan.
Jadi, nenek tanam sayur-sayur sendiri supaya Aiman dapat makan sayur segar dari laman.
Ilham tercipta dan direalisasikan.
Saya jadikan amalan berkebun sebagai salah satu aktiviti bersama anak.
Peluh keluar dan anak-anak dapat belajar ilmu alam.
Paling utama, anak-anak dapat makan makanan berkhasiat hasil air tangan mak.

Nanti kita cerita bagaimana nak mula bercucuk tanam ye :-)

No comments:

Post a Comment