Alhamdulillah, dengan izin Allah pada tanggal 12 Februari 1985, anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Encik Mansor Muhammad dan Puan Selamah Ibrahim dilahirkan.
Memulakan alam persekolahan di Terengganu sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya ke kolej matrikulasi di Pahang. Dengan berkat doa emak ayah, berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti di Selangor di peringkat sarjana muda.
Bertemu jodoh dengan suami, Hanifah bin Hasan setelah 6 tahun berkawan. Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan persahabatan kami ke gerbang perkahwinan. Kami dikurniakan dua puteri penyeri hati.
Saya adalah penjawat awam di salah sebuah ipta di Selangor. Saya gembira dengan kerja, kawan sekerja, ketua yang baik dan suasana kerja yang fleksibel.
Masalah timbul bila pengasuh yang sepatutnya menjaga anak-anak tidak sihat dan menarik diri untuk berkhidmat. Ketika itu saya ada baki 2 minggu untuk bekerja kerana cuti bersalin anak kedua. Allahuakbar! Anak baru berusia tiga bulan dan saya tak sanggup untuk hantar kepada pengasuh yang saya baru kenal. Setelah berbincang dengan suami, saya diizinkan berhenti kerja. Dengan redha suami dan keluarga, saya berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah. Cabaran juga menjadi surirumah sepenuh masa. Dengan anak-anak kecil. Lama kelamaan saya makin menyesuaikan diri.
Apabila menjadi surirumah, banyak peluang dan ruang kalau kita manfaatkan sepenuhnya untuk jana pendapatan.
Saya berazam nak dapatkan sebanyak mungkin ilmu blogging dan fanpage. Saya nak berguru. Sebelum ini, saya belajar dengan pakcik google sahaja. Saya rasa tak berkesan. Sebab macam belajar tiada sinopsis kursus. Apa patut buat, apa patut tulis. Sampai satu tahap saya jadi patah semangat. Sebab saya tahu memang banyak manfaat bila ada blog dan fanpage (saya pun disuruh buat blog sebelum ini sebenarnya..disuruh tetapi tidak dipandu/ditunjukajar). Dengan penuh doa dan harapan, saya mendaftar Kelas Asas Blog dan Fanpage kelolaan Puan Masayu Ahmad. Saya harap saya tidak silap buat pelaburan. Semoga saya dapat manfaat sepenuhnya daripada kelas/grup ini. Saya ingin buktikan saya dapat jana pendapatan dari rumah (tanpa keluar rumah), 100% atas talian sambil jaga anak depan mata. Saya berhenti kerja untuk jaga anak (sampai bila-bila saya takkan lupa nawaitu saya). Pada masa sama, saya nak lunaskan hutang PTPTN saya supaya tidak membebankan suami. Perkara utama yang saya perlu buat sekarang bina kedai online yang sempurna, menepati kehendak pelanggan. Saya nak pembaca jadi pembeli. Saya buat keputusan sertai kelas asas blog ini setelah 2 bulan berfikir (lama betul..malu pula rasa). Moga ini langkah/jalan terbaik untuk diri saya dan keluarga.
Saya mohon doa kalian untuk segala urusan hidup saya dipermudahkan.

Noraida binti Mansor
No comments:
Post a Comment